Monday, March 7, 2011

hati yang terluka

Hatiku terluka lagi buat kesekian kalinya..
First thing yg sy igt~ Dad,im sorry..i hurt u again..=(


Susahnya mencari orang yang betul2 memahami..
Susahnya untuk mencari seseorang yang ikhlas menyayangi..
Susahnya mengharap kasih orang yang belum pasti..

Kenapa perlu dibanding-bandingkan..bukankah setiap orang punya kelebihan..
Tak perlu bersusah-susah memilih..saya rela mengundurkan diri..
Bukan bermaksud egoku tinggi..
Bukan juga bermaksud saya mahu menyombongkan diri..

Ok saya terima..saya bukanlah seorang yang sempurna..
Pandai pun tak seberapa..baik juga kurang rasanya..cantik pulak jauh sekali..
Bukan bermaksud saya menyesali diri..tetapi sedikit berkecil hati dengan manusia yang tidak tahu menghargai..


Cuba untuk bersikap positif~ ini semua adalah pengalaman. Pengalamanlah yang mengajar kita menjadi lebih dewasa..lebih matang..

Tertutup sudah pintu hati..yang pernah dibuka waktu hanya untukmu..
Dengarlah matahariku..suara tangisanku..ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku..
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku yang tak mampu menaklukkan waktu
Lagu: matahari by agnes monica

Saya berusaha untuk bersenyum meskipun hati retak seribu..
Mungkin belum tiba masanya untuk saya berdua..
Mungkin juga saya lebih bahagia hanya bersama keluarga tercinta..
Biarlah masa menentukan segala..
Hati penat memikirkan hal dunia..
Tiba masanya untuk mendekatkan diri pada yang Yang Esa
Dialah segalanya..
Ya Tuhan..berikanku ketenangan..
untukku mengutip kembali serpihan hati..
yang retak agar bercantum kembali..
untuk menerima kasih orang yang benar-benar mengasihi..




No comments:

Post a Comment